Renungan

Allah berfirman, "Adapun orang yang derhaka, lagi mengutamakan kehidupan dunia, maka nerakalah tempat tinggalnya. Sedangkan orang yang takut akan kebesaran Tuhannya, lagi menahan diri dari hawa nafsunya, maka syurgalah tempat tinggalnya. (An-Nazi'at: 37-41)

Sunday, January 30, 2011

Keuntungan Menerusi Pemasangan Program Affiliate

Cara paling mudah untuk mencapai keuntungan yang luar biasa bagi pemasaran produk anda adalah dengan menambah fungsi program affiliate terhadap laman web jualan anda.
Mungkin anda tertanya – tanya bagaimana keuntungan maksima boleh tercapai dengan menambah program affiliate ke dalam laman web jualan? Baiklah, konsepnya adalah begini;
Katakan anda TANPA sebarang rakan niaga (joint venture) sedang ingin memasarkan produk anda (contoh: ebook) ke internet… Produk anda tersebut berharga RM50.00 dan “target” anda adalah ingin menghasilkan 100 jualan dalam tempoh 30 hari.
Walaubagaimanapun, dengan “MASA” dan “KEMAHIRAN” yang terhad, anda hanya mampu memasarkan produk anda tersebut ke 10 tempat “jelajahan” promosi sahaja dalam tempoh satu bulan.

Jualan yang terhasil katakan 30 jualan sahaja dan keuntungan anda hanyalah RM50.00 x 30 jualan = RM1500.00

Bayangkan pula jika anda memiliki 50 orang rakan niaga yang bertindak sebagai agen pemasaran (yakni agen affiliate)… Sudah tentu “kawasan” yang akan dijelajahi akan lebih luas, masa penjelajahan berlaku dengan pantas dan hasil jualan yang dicapai adalah  lebih tinggi.

Katakan secara puratanya, 50 orang agen tersebut berjaya menghasilkan 2 jualan setiap seorang… maka jumlah jualan produk anda adalah: 50 orang x 2 jualan = 100 jualan x RM50.00 = RM5000.00 !

Katakan anda memberi komisyen sebanyak 50% kepada agen affiliate untuk setiap jualan,… maka keuntungan bersih yang bakal anda perolehi adalah: RM5000.00 – (50% x RM5000) = RM2500.00!

Nah… anda mampu mengaut keuntungan RM2500.00 tanpa melakukan sebarang usaha pun! Semuanya dilakukan oleh konsep pemasaran menerusi program affiliate.

Bukankah ini merupakan satu perkara yang menarik dan menguntungkan?

Anda mungkin memerlukan penerangan lanjut bagaimana untuk memasang system affiliate ini ke dalam laman web jualan anda. Jadi saya syorkan anda untuk melihat info lanjut di di sini

No comments:

Post a Comment