Renungan

Allah berfirman, "Adapun orang yang derhaka, lagi mengutamakan kehidupan dunia, maka nerakalah tempat tinggalnya. Sedangkan orang yang takut akan kebesaran Tuhannya, lagi menahan diri dari hawa nafsunya, maka syurgalah tempat tinggalnya. (An-Nazi'at: 37-41)
Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Monday, March 14, 2011

Gambar Satelit Gempa Bumi & Tsunami di Jepun

Jepun telah digegarkan dengan gempa bumi yang dasyat pada hari Jumaat, Mac 13 2011 berskala 8.9 ritcher, yang terkuat pernah dicatatkan di negara tersebut dalam tempoh 140 tahun. Susulan terjadinya gempa bumi itu telah menyebabkan tsunami setinggi 10 meter, sisa banjir dan gempa susulan besar menyukarkan pihak penyelamat Jepun untuk menyelamatkan mangsa terperangkap dan masih hidup. Dianggarkan lebih 10,000 orang telah terkorban manakala 100,000 telah menjadi pelarian, infrastruktur asas telah gagal sepenuhnya dan kehabisan keperluan untuk hidup menyebabkan situasi bertambah buruk. Perhatikan gambar yang diambil melalui satelit sebelum dan selepas gempa bumi. Jepun: Padang Jarak Padang Tekukur.

Thursday, March 3, 2011

Saman Ekor Umpama ISA no.2

Rata-rata pengguna jalanraya pasti pernah menerima saman ekor. Saman ekor dihantar melalui notis samannya dan memaksa membayar saman tersebut tanpa ada peluang membela diri. Ada juga pengguna jalan raya yang keliru bila saman sampai tetapi dia tidak berada di situ sewaktu saman dikeluarkan. Ini merupakan satu tindakan yang tidak munasabah dan menindas pemandu.


Sunday, January 16, 2011

Ingat sampah ke nak buang merata2


BUANG ANAK

Setiap hari pasti ada kes buang bayi yang dilaporkan dalam akhbar, sama ada hidup atau mati. Pembuangan bayi seolah-olah menjadi berita wajib dalam akhbar. Statistik tahun 2010 menunjukkan anak tidak sah taraf seramai 200 ribu orang, YANG BERDAFTAR! itu tidak termasuk yang dibuang, tidak dilaporkan atau mati. Sungguh menggerunkan..tidak mustahil akan datang negara kita dipimpin oleh ANAK TIDAK SAH TARAF.  Saya bukan memandang hina pada anak tidak sah taraf, tetapi penjenayah yang melakukan perkara terkutuk itu. Memang kasihan melihat anak-anak dibuang begitu saja, langsung tiada perikemanusiaan.  Tidak takut balasan Allah kah?