Renungan

Allah berfirman, "Adapun orang yang derhaka, lagi mengutamakan kehidupan dunia, maka nerakalah tempat tinggalnya. Sedangkan orang yang takut akan kebesaran Tuhannya, lagi menahan diri dari hawa nafsunya, maka syurgalah tempat tinggalnya. (An-Nazi'at: 37-41)

Monday, February 28, 2011

Bubur kacang lagi sedap!

Saya pasti semua surirumah tahu macamana nak buat bubur kacang hijau. Tapi kalau nak sedap lagi kacang hijau digoreng terlebih dahulu sebelum di rebus. Ermm rasanya memang sedap berbanding yang tidak digoreng. Cubalah!

Lagi Khasiat Limau

Limau nipis sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat. Selain boleh dijadikan ubat batuk, limau nipis juga berkesan dalam merawat anak yang demam. Caranya perah limau nipis ke dalam semangkuk air dan sapukan di kepala anak. Cara ini berkesan menurunkan suhu panas di kepala. (kalau tak ada limau nipis boleh juga guna asam jawa).

Sunday, February 27, 2011

Penawar batuk



Ini adalah petua dari ibu saya. Kebetulan ketika saya pulang ke kampung, saya batuk agak teruk. Walaupun dah puas makan ubat tapi tak baik-baik juga. Jadi ibu saya mengesyorkan makan kicap dengan limau nipis. Caranya tuang sedikit kicap di atas sudu. Hiris sebelah limau nipis dan perahkan airnya di atas kicap tadi. Kacau rata dan minum. Amalkan 3 kali sehari. Insya allah batuk akan beransur hilang. Alhamdulillah batuk saya pun dah makin berkurangan.

Thursday, February 10, 2011

Kartun Animasi Saladin Al Ayubi Menyeleweng???

Mengapa dan Apa Kesalahannya:

Siri animasi ini ternyata menghina (maybe sbb kejahilan atau disengajakan) peribadi Salahudin Al-Ayubi, (maybe kalau saya ditempat baginda, dah kene saman dah pihak produksi). Jelas dan amat ketara merosakkan nilai-nilai aqidah dan ajaran Islam ityu sendiri. Siapa Salahuddin Al-Ayubi dihati anda? Seluruh dunia akan murka sekiranya karikatur dilukis menghina nabi, tapi tiada siapa pun perasan bahawa

Wednesday, February 2, 2011

Kelebihan Wanita

KELEBIHAN WANITA- WANITA SOLEHAH


1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.