Renungan

Allah berfirman, "Adapun orang yang derhaka, lagi mengutamakan kehidupan dunia, maka nerakalah tempat tinggalnya. Sedangkan orang yang takut akan kebesaran Tuhannya, lagi menahan diri dari hawa nafsunya, maka syurgalah tempat tinggalnya. (An-Nazi'at: 37-41)

Monday, March 14, 2011

Gambar Satelit Gempa Bumi & Tsunami di Jepun

Jepun telah digegarkan dengan gempa bumi yang dasyat pada hari Jumaat, Mac 13 2011 berskala 8.9 ritcher, yang terkuat pernah dicatatkan di negara tersebut dalam tempoh 140 tahun. Susulan terjadinya gempa bumi itu telah menyebabkan tsunami setinggi 10 meter, sisa banjir dan gempa susulan besar menyukarkan pihak penyelamat Jepun untuk menyelamatkan mangsa terperangkap dan masih hidup. Dianggarkan lebih 10,000 orang telah terkorban manakala 100,000 telah menjadi pelarian, infrastruktur asas telah gagal sepenuhnya dan kehabisan keperluan untuk hidup menyebabkan situasi bertambah buruk. Perhatikan gambar yang diambil melalui satelit sebelum dan selepas gempa bumi. Jepun: Padang Jarak Padang Tekukur.

Sunday, March 6, 2011

Surat Terbuka Untuk Datin Seri Rosmah Mansur

Ketika saya sedang memeriksa facebook, saya terpandangkan post yang bertajuk seperti di atas..jadi apalagi saya pun bukalah dia punya blog..seolah-olah dipukau saya terus membaca sehingga habis...yang paling penting si penulis telah menyedarkan saya yang kurang berpengetahuan ini betapa nazaknya negara kita sekarang..yang pada luarannya nampak indah tapi isinya penuh dengan

Thursday, March 3, 2011

Saman Ekor Umpama ISA no.2

Rata-rata pengguna jalanraya pasti pernah menerima saman ekor. Saman ekor dihantar melalui notis samannya dan memaksa membayar saman tersebut tanpa ada peluang membela diri. Ada juga pengguna jalan raya yang keliru bila saman sampai tetapi dia tidak berada di situ sewaktu saman dikeluarkan. Ini merupakan satu tindakan yang tidak munasabah dan menindas pemandu.


Tuesday, March 1, 2011

Khasiat Kaki Ayam

Kaki ayam ada khasiat??? adaaaa...ini petua dari mak mertua saya..kaki ayam adalah ubat kepada sakit lutut..sekarang ini umur 30 tahun pun dah sakit lutut..bukan hanya menyerang golongan tua sahaja..jadi mulai sekarang surirumah diluar sana jangan buang kaki ayam..goreng atau buat sup pun sedap! Amalkan memakannya selalu..