Renungan

Allah berfirman, "Adapun orang yang derhaka, lagi mengutamakan kehidupan dunia, maka nerakalah tempat tinggalnya. Sedangkan orang yang takut akan kebesaran Tuhannya, lagi menahan diri dari hawa nafsunya, maka syurgalah tempat tinggalnya. (An-Nazi'at: 37-41)

Sunday, January 30, 2011

Saman Jangan Tak Saman!

Minggu lepas minggu yang baik dan minggu yang tak baik buat saya. Apa dia? Saya dapat surat kerja dan dalam masa yang sama saya dapat surat saman ptptn! Sudahnya saya tiada mood untuk menulis entri..sebab pikir pasal saman ptptn dan saya diwajibkan hadir ke mahkamah..saya pernah disaman sebelum ini, tapi saman JPJ dan polis jer..bukan taknak bayar, tapi

Keuntungan Menerusi Pemasangan Program Affiliate

Cara paling mudah untuk mencapai keuntungan yang luar biasa bagi pemasaran produk anda adalah dengan menambah fungsi program affiliate terhadap laman web jualan anda.
Mungkin anda tertanya – tanya bagaimana keuntungan maksima boleh tercapai dengan menambah program affiliate ke dalam laman web jualan? Baiklah, konsepnya adalah begini;
Katakan anda TANPA sebarang rakan niaga (joint venture) sedang ingin memasarkan produk anda (contoh: ebook) ke internet… Produk anda tersebut berharga RM50.00 dan “target” anda adalah ingin menghasilkan 100 jualan dalam tempoh 30 hari.

Saturday, January 22, 2011

Karipap Karipap Cinta

Dah beberapa hari saya tak menulis dalam blog ini, sebab khusyuk baca novel karipap karipap cinta..saya bagi 5/5 bintang..novel genre romantik komedi ni memang menarik dan best! Gaya penulisannya bersahaja, sarat dengan komedi..ini adalah novel bestseller masa kini..Novel karya Nazri M. Annuar ini telah dicetak kali ke-2 dan bakal diulang cetak untuk kali ke-3. Rugi kepada sesiapa yang tak baca buku ni.
Saya tertarik pada cover buku ni. Lain dari yang lain. Sinopsisnya lebih kurang begini: Ali, seorang pemuda yang baik tapi tidak memiliki cita-cita dan semangat yang tinggi telah meminati Sarah dengan sedaya upaya cuba mendekati dan memenangi hati Sarah.

Thursday, January 20, 2011

Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011!


Saya follower setia 2dayblogger.com dengan rasa rendah diri nak cuba masuk contest ni..harap2 blog saya ni dikategorikan layak untuk bertanding..saje2 masuk untuk tambah kenalan n yang paling penting tingkatkan traffik memandangkan saya punya blog baru je sebulan ditubuhkan :)
Mana la tau ada undi kesian..

SYARAT-SYARAT BLOG TERCANTIK
  1. Pastikan blog korang layak untuk menyertai aktiviti ini.
  2. Pastikan blog korang mempunyai design yang menarik,tertarik dan kau memang deboom.
  3. Pastikan susunan widget adalah menarik dan teratur.
  4. Pastikan mempunyai header yang tidak menyakitkan mata.(Jika mempunyai header)
  5. Pastikan blog korang tidak mempunyai ciri-ciri yang tercatat di entri ini:  Apa Perkara Yang PALING Dibenci Ketika Blogwalking.
SIAPA YANG AKAN JADI JURI DAN PILIH PEMENANG?
-Korang yang akan jadi juri dan korang yang akan vote untuk menentukan 1o Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011.

BILA TARIKH TUTUP PENYERTAAN?
-Tarikh tutup adalah pada 28/februari/2011

BILA TARIKH UNTUK START MENGUNDI?
-Undian Pertama: 1/3/2011 – 8 /3/2011(Undian untuk semua peserta)
-Undian Kedua: 10/3/2011 – 17/3/2011(Undian untuk 20 terbaik)

Jom pakat-pakat meriahkan lagi contest ini..


Aku Benci Aku Cinta

 AKU BENCI..........
Aku benci orang yang tidak sembahyang
Aku benci wanita yang mendedahkan aurat
Aku benci belia yang melakukan maksiat
Aku benci si tua nyanyuk yang tak sedar diri berclubbing
Aku benci manusia yang meneguk air kencing syaitan
Aku benci pada isteri yang curang
Aku benci anak yang derhaka
Aku benci rasuah
Aku benci hiburan yang melalaikan
Aku benci suami yang dayus
Aku benci pembunuh jiwa
Aku benci perosak bangsa
AKU BENCI PENGKHIANAT AGAMA



AKU CINTA........
Aku cintakan Allah
Aku cintakan sembahyang
Aku cintakan rumah-rumah Allah
Aku cintakan pemuda yang meninggalkan urusan dunia untuk ke masjid
Aku cintakan anak yang soleh dan solehah
Aku cintakan isteri yang solehah dan taat pada suaminya
Aku cintakan si tua yang sedar diri rumah kata pergi kubur kata mari
Aku cintakan hiburan Islam
Aku cintakan wanita yang sopan menutup aurat
AKU CINTAKAN ISLAM

Wednesday, January 19, 2011

Redmummy vs Hanis Zalikha


TENSIONKAH BERBLOGGING??!!!!

Penat betul buat blog ni..tengok orang lain punya blog cantik2 jer..apasal saya punya nampak biasa jer..sebenarnya umur blog saya ni baru sebulan..saya selalu rasa tak puas hati dengan saya punya blog template..selalu tukar..kalau bukak orang lain punya blog nampak cantik mesti saya akan edit blog saya..

Monday, January 17, 2011

Jom try buat!


KEK COKLAT MOIST 

Bahan A ( panas dengan api yang kecil)
1. Serbuk koko - 1 cawan
2. Susu cair - 1 cawan
3. Minyak - 1 cawan

Sunday, January 16, 2011

Ingat sampah ke nak buang merata2


BUANG ANAK

Setiap hari pasti ada kes buang bayi yang dilaporkan dalam akhbar, sama ada hidup atau mati. Pembuangan bayi seolah-olah menjadi berita wajib dalam akhbar. Statistik tahun 2010 menunjukkan anak tidak sah taraf seramai 200 ribu orang, YANG BERDAFTAR! itu tidak termasuk yang dibuang, tidak dilaporkan atau mati. Sungguh menggerunkan..tidak mustahil akan datang negara kita dipimpin oleh ANAK TIDAK SAH TARAF.  Saya bukan memandang hina pada anak tidak sah taraf, tetapi penjenayah yang melakukan perkara terkutuk itu. Memang kasihan melihat anak-anak dibuang begitu saja, langsung tiada perikemanusiaan.  Tidak takut balasan Allah kah?


Thursday, January 6, 2011

Jangan pandang ringan..


AURAT WANITA DLM FACEBOOK

Sekarang ini boleh dikatakan setiap orang pasti ada Facebook. Sebagai wanita, saya terfikir apa hukumnya meletakkan gambar dalam FB. Saya ada bertanyakan ustaz mengenai perkara ini. Berikut di bawah jawapan ustaz berkenaan.

SOALAN : Apa hukumnya seorang perempuan meletakkan gambarnya dalam FB walaupun menutup aurat?

Sunday, January 2, 2011

Budak Sekolah



Esok, 2 Januari 2011 merupakan hari pertama kanak2 memulakan hari persekolahan. Sebagai seorang ibu, mempunyai anak yang akan memulakan hari pertama persekolahan esok (baru masuk tadika 5 thn), saya rasa teruja dan bersemangat untuk mendaftarkan persekolahan anak. Ermmm mcm mana agaknya reaksinya yang pertama apabila bertemu rakan2 yang tidak dikenali? sebenarnya anak saya seorang yg aktif dan suka berkawan. Saya rasa mgkn tidak ada masalah.