Renungan

Allah berfirman, "Adapun orang yang derhaka, lagi mengutamakan kehidupan dunia, maka nerakalah tempat tinggalnya. Sedangkan orang yang takut akan kebesaran Tuhannya, lagi menahan diri dari hawa nafsunya, maka syurgalah tempat tinggalnya. (An-Nazi'at: 37-41)
Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Sunday, January 30, 2011

Keuntungan Menerusi Pemasangan Program Affiliate

Cara paling mudah untuk mencapai keuntungan yang luar biasa bagi pemasaran produk anda adalah dengan menambah fungsi program affiliate terhadap laman web jualan anda.
Mungkin anda tertanya – tanya bagaimana keuntungan maksima boleh tercapai dengan menambah program affiliate ke dalam laman web jualan? Baiklah, konsepnya adalah begini;
Katakan anda TANPA sebarang rakan niaga (joint venture) sedang ingin memasarkan produk anda (contoh: ebook) ke internet… Produk anda tersebut berharga RM50.00 dan “target” anda adalah ingin menghasilkan 100 jualan dalam tempoh 30 hari.

Saturday, January 22, 2011

Karipap Karipap Cinta

Dah beberapa hari saya tak menulis dalam blog ini, sebab khusyuk baca novel karipap karipap cinta..saya bagi 5/5 bintang..novel genre romantik komedi ni memang menarik dan best! Gaya penulisannya bersahaja, sarat dengan komedi..ini adalah novel bestseller masa kini..Novel karya Nazri M. Annuar ini telah dicetak kali ke-2 dan bakal diulang cetak untuk kali ke-3. Rugi kepada sesiapa yang tak baca buku ni.
Saya tertarik pada cover buku ni. Lain dari yang lain. Sinopsisnya lebih kurang begini: Ali, seorang pemuda yang baik tapi tidak memiliki cita-cita dan semangat yang tinggi telah meminati Sarah dengan sedaya upaya cuba mendekati dan memenangi hati Sarah.