Renungan

Allah berfirman, "Adapun orang yang derhaka, lagi mengutamakan kehidupan dunia, maka nerakalah tempat tinggalnya. Sedangkan orang yang takut akan kebesaran Tuhannya, lagi menahan diri dari hawa nafsunya, maka syurgalah tempat tinggalnya. (An-Nazi'at: 37-41)

Thursday, February 10, 2011

Kartun Animasi Saladin Al Ayubi Menyeleweng???

Mengapa dan Apa Kesalahannya:

Siri animasi ini ternyata menghina (maybe sbb kejahilan atau disengajakan) peribadi Salahudin Al-Ayubi, (maybe kalau saya ditempat baginda, dah kene saman dah pihak produksi). Jelas dan amat ketara merosakkan nilai-nilai aqidah dan ajaran Islam ityu sendiri. Siapa Salahuddin Al-Ayubi dihati anda? Seluruh dunia akan murka sekiranya karikatur dilukis menghina nabi, tapi tiada siapa pun perasan bahawa

cerita-cerita sebegini juga menghina sifat-sifat kenabian (Muhammad s.a.w) dan ajaran murni yang menjadi jatidiri dan sahsiah baginda Salahuddin sendiri.
Antara yang amat jelas perlecehan (mybe tanpa niat?) :
  1. Aqidah Salahuddin rosak teruk!! Dalam satu episod (baru2 ini –akhir Jan 2011), Salahudin sambil berjalan2 dengan kudanya bersama beberapa orang, salah seorangnya adalah seorang tua berjubah hijau yang digelar ‘Peramal’ atau ahli nujum. Salahuddin bertanya kepada orang tua tersebut tentang takdirnya pada masa hadapan. Tukang ramal itu menjawab, “ Kamu/ tuan akan menjadi seorang berkuasa, seorang raja dan bla..bla..bla..” (Maka dengan itu babak ini menunjukkan kepada kita secara jelas bahawa Salhuddin adalah seorang musyrik yang mempercayai ramalan nujum atau tukang tilik!!)
  2. Salahuddin menderhakai bapanya sendiri.
(Dalam dialog “pertengkaran” antara Saladin dan bapanya, bapanya bertegas supaya Saladin menjadi seperti yang “ditakdirkan” ke atasnya, iaitu berlatih untuk menjadi tentera agar dapat memerangi tentera Salib memberontak dan dengan tegas membantah, dengan mengatakan bahawa dia “TAK MAHU MENERIMA TAKDIR YANG DITENTUKAN ORANG LAIN KE ATASNYA”, sebaliknya dia kata dia “BERHAK MENCARI HALUAN HIDUPNYA DAN MENENTUKAN “TAKDIR”NYA (destiny) SENDIRI”)
  1. Nekad lari dari rumah.
  2. Ada teman wanita si penyeluk saku, pencuri dan penipu bernama Anisa.(Salahuddin yang sebenar amat memelihara pergaulannya)
  3. Menyentuh wanita dengan selamba seperti berpegangan tangan dengan watak Anisa atau lain-lain perempuan. (Baginda yang mulia tidak menyentuh mana-mana wanita yang bukan mahramnya dan amat memuliakan wanita dengan menjaga kehormatan mereka)
  4. ‘Saladin’ menggunakan pedang Rasulullah s.a.w –ZULFIQAR?? (Pedang yang bercabang 2 dihujungnya)
  5. Tidak menjaga kesopanan tutur kata dan tingkah laku.
  6. Episod pertama (episod2 yang seterusnya, wallahu’alam) tak pernah SEKALIPUN dengar ada mana-mana watak ucap “Assalamu`alaikum” pada orang lain. Saladin balik rumah pun cakap “hai, saya dah balik” (terjemahan “hi, I’m home”).
  7. Kalimah Allah?? Jauh sekali. Ini cerita Hero Muslim ke Hero Barat?? Kenape tidak buat watak yang lain aja? Kisah Badang ke, Cicakman ke?
  8. Dan banyak lagi kalau anda perhatikan dan perasaan kesilapan dan kesalahan yang mengaibkan figure hero muslim agung ini, tolonglah tegur pihak penerbit. Orang barat yang tahu sejarah tidaka akan dapat menerima hakikat Salahuddin dengan dengan penampilan, gaya, tingkah laku dan kriteria yang palsu begini. Mereka amat arif dalam sejarah dan mengenal ciri-ciri sejati perwira-perwira muslim.
Mengapa RTM sanggup meluluskan filem animasi kartun ini? Padahal ia amat menghina peribadi seorang tokoh besar Islam dan kebanggaan timur dan barat? Sebarkan lah mesej ini sebagai tanda  protes dan dengan niat membersihkan najis-najis kebaratan dan kufur dalam dunia perfileman. Kita tidak berhasrat membuang bakat karya, tetapi membangunkannya dengan nilai dan kejujuran serta menyingkir sifat hipokrit dengan hidup berpegang pada alam nyata dan fakta.

sumber 

No comments:

Post a Comment