Renungan
Allah berfirman, "Adapun orang yang derhaka, lagi mengutamakan kehidupan dunia, maka nerakalah tempat tinggalnya. Sedangkan orang yang takut akan kebesaran Tuhannya, lagi menahan diri dari hawa nafsunya, maka syurgalah tempat tinggalnya. (An-Nazi'at: 37-41)
Monday, February 28, 2011
Bubur kacang lagi sedap!
Saya pasti semua surirumah tahu macamana nak buat bubur kacang hijau. Tapi kalau nak sedap lagi kacang hijau digoreng terlebih dahulu sebelum di rebus. Ermm rasanya memang sedap berbanding yang tidak digoreng. Cubalah!
Lagi Khasiat Limau
Limau nipis sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat. Selain boleh dijadikan ubat batuk, limau nipis juga berkesan dalam merawat anak yang demam. Caranya perah limau nipis ke dalam semangkuk air dan sapukan di kepala anak. Cara ini berkesan menurunkan suhu panas di kepala. (kalau tak ada limau nipis boleh juga guna asam jawa).
Sunday, February 27, 2011
Penawar batuk
Ini adalah petua dari ibu saya. Kebetulan ketika saya pulang ke kampung, saya batuk agak teruk. Walaupun dah puas makan ubat tapi tak baik-baik juga. Jadi ibu saya mengesyorkan makan kicap dengan limau nipis. Caranya tuang sedikit kicap di atas sudu. Hiris sebelah limau nipis dan perahkan airnya di atas kicap tadi. Kacau rata dan minum. Amalkan 3 kali sehari. Insya allah batuk akan beransur hilang. Alhamdulillah batuk saya pun dah makin berkurangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)


