Renungan

Allah berfirman, "Adapun orang yang derhaka, lagi mengutamakan kehidupan dunia, maka nerakalah tempat tinggalnya. Sedangkan orang yang takut akan kebesaran Tuhannya, lagi menahan diri dari hawa nafsunya, maka syurgalah tempat tinggalnya. (An-Nazi'at: 37-41)

Sunday, January 16, 2011

Ingat sampah ke nak buang merata2


BUANG ANAK

Setiap hari pasti ada kes buang bayi yang dilaporkan dalam akhbar, sama ada hidup atau mati. Pembuangan bayi seolah-olah menjadi berita wajib dalam akhbar. Statistik tahun 2010 menunjukkan anak tidak sah taraf seramai 200 ribu orang, YANG BERDAFTAR! itu tidak termasuk yang dibuang, tidak dilaporkan atau mati. Sungguh menggerunkan..tidak mustahil akan datang negara kita dipimpin oleh ANAK TIDAK SAH TARAF.  Saya bukan memandang hina pada anak tidak sah taraf, tetapi penjenayah yang melakukan perkara terkutuk itu. Memang kasihan melihat anak-anak dibuang begitu saja, langsung tiada perikemanusiaan.  Tidak takut balasan Allah kah?




Di kampung saya saja terdapat 5 orang pelajar mengandung dan melahir anak luar nikah, hanya dalam masa beberapa bulan saja. Itu bukan di bandar, tapi di kampung. Kita lihatlah 9 bulan tahun 2011 akan datang berapa ramai lagi bayi yang akan dibuang dek kerana menyambut tahun baru, baru-baru ini.
Apa tindakan kerajaan dalam menangani isu ini? Tangkap dan penjara atau menubuhkan sekolah mengandung luar nikah? Ada juga yang mengesyorkan supaya dihukum bunuh. Bagaimana dengan hukum hudud? Hukuman penjara atau denda langsung tidak memadai dengan jenayah yang dilakukan. Saya rasa cara yang terbaik adalah melaksanakan hukum hudud. Memang padan penjenayah dihukum be
rat, setimpal dengan jenayah yang dilakukan.


lihat anak-anak kita sekarang, terlalu berani!



tidak bermoral! sudahlah bertudung, melakukan maksiat terbuka.
Mencemarkan nama Islam saja.Tidak tahu malu!

No comments:

Post a Comment