Renungan

Allah berfirman, "Adapun orang yang derhaka, lagi mengutamakan kehidupan dunia, maka nerakalah tempat tinggalnya. Sedangkan orang yang takut akan kebesaran Tuhannya, lagi menahan diri dari hawa nafsunya, maka syurgalah tempat tinggalnya. (An-Nazi'at: 37-41)

Sunday, January 30, 2011

Saman Jangan Tak Saman!

Minggu lepas minggu yang baik dan minggu yang tak baik buat saya. Apa dia? Saya dapat surat kerja dan dalam masa yang sama saya dapat surat saman ptptn! Sudahnya saya tiada mood untuk menulis entri..sebab pikir pasal saman ptptn dan saya diwajibkan hadir ke mahkamah..saya pernah disaman sebelum ini, tapi saman JPJ dan polis jer..bukan taknak bayar, tapi
saya tak bekerja. Saya dah apply kerja dalam sektor kerajaan, attend interview 5 6 kali, tapi satu pun tak berjaya.
Tiada rezeki ! Saya jadi tak keruan bila pikir saya kena pergi ke mahkamah.. saya tak pernah masuk mahkamah! suami saya bagi idea cuba cari kat google pasal ptptn ni..wahhh! ramai rupanya yang dah kena saman.

Rata-rata cakap tak payah pergi takpe, bayar jer bulan-bulan, at least RM50..lepas tu ptptn akan senyap. Kira nak gertak la ni..mulanya saya memang tak nak pergi, saya cari lagi info dalam google..saya tak ingat saya masuk blog mana tapi si dia mengesyorkan supaya pergi jer..jadi lepas fikir pro dan kontra, saya setuju nak hadir ke mahkamah.

Hari ni, awal pagi saya bangun, lepas mandi, sembahyang, masak dan siapkan anak2, saya hadir ke mahkamah. Dalam 1/2 jam tunggu, nama saya dipanggil. Saya hanya bercakap 2 patah perkataan! "Terima" dan "Ya"..lepas tu, peguam cakap dah selesai! Macam tu jer ker? Dengan terpinga2, terkulat2 dan kehairanan saya keluar. Saya tanya peguam di luar, penghakiman sudah dibaca, selesai dah ke? si peguam jawab a'ah dah selesai, bayar jer la..huh! saya datang awal pagi, semata2 untuk menjawab 2 patah perkataan. Rasa tidak berbaloi.

Sebenarnya saya cuba elakkan kadar faedah sebanyak 12% (ceti haram pun tak kenakan caj sebanyak ni). Sebabnya kalau saya tidak hadir ke mahkamah, ptptn akan menaikkan faedah tersebut. Jadi sesiapa yang dapat surat saman dari ptptn saya syorkan pergi lah. 

Pengajaran: Kerja pun dah dapat, bayar jer la!

2 comments:

  1. saye kene pegi lusa nie..berbelah bagi nak p ke x..klu saye dok kl saye dah pegi dah..nie dok kedah..naik bus turun bus..adoi..

    ReplyDelete
  2. aryra..kalau sy jd awk pn sy akn pikir 2 3 kali..jauh tu. kalau awk x pegi pn sy syorkn awk byr sikit2..

    ReplyDelete